Tuesday, November 24, 2009

KaLkuLaToR...

Calon SPM dihalang guna kalkulator
Oleh Ravale Savarinathan

Pelajar Smart tidak dibenar bawa Casio 570ES, 570MS jawab soalan kertas Matematik

TELUK INTAN: Seramai 89 ibu bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (Smart) di sini kesal dan kecewa dengan tindakan penyelia peperiksaan sekolah itu menghalang calon menggunakan kalkulator jenis Casio 570ES dan Casio 570MS untuk ujian Matematik 1 dan Matematik 2, semalam.

Selain ibu bapa, ada calon dikatakan menangis ketika keluar dari dewan sekolah kerana terlalu kecewa berikutan calon lain di semua 23 pusat peperiksaan di daerah Hilir Perak tidak dikenakan larangan berkenaan.

Pengawal keselamatan dari Kampung Selabak, Hamzah Jumari, 55, berkata anak perempuannya menangis teresak-esak ketika menelefonnya jam 9.30 pagi sambil memintanya segera membelikan satu mesin kira-kira jenama Casio model 350.

"Dia memberitahu saya ketua pengawas pusat peperiksaan melarang calon menggunakan model 570 dan hanya model 350 saja boleh digunakan.

"Anak saya beritahu kebanyakan soalan kertas Matematik 1 tidak dapat dijawab dengan tepat kerana ketiadaan kalkulator. Saya terpaksa bergegas ke bandar Teluk Intan untuk mendapatkan kalkulator itu dengan harga RM40 tetapi ia hanya dapat digunakan untuk Matematik 2," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kerani syarikat swasta, Sarina Sutan Ahmad Nawi, 42, pula berkata anaknya terpaksa menjawab semua soalan kertas Matematik 1 dan 2 tanpa mesin kira-kira kerana beliau tidak dapat keluar pejabat ekoran dibebani tugas penting serta kedudukan pejabatnya yang terlalu jauh dari bandar.

sumber: Berita Harian Online

patut ker???
knaper x maklum kan awl2 yg xleh guna kalkulator tu??
mmg x puas hati la...
ni dah la spm...exam besar tuk student kat malaysia ni...
kesian kat student2 tu...
sbb nyer spm ni la nak tentu kan mase depan diorg...
patut nyer sekolah ker...saper2 jer la...bagitau la awal2...
ni x...time nak masuk dewan exam baru nak bagitau...
mane sempat nak cari baru...
kalo ikut berita ni...ader student tu yg sampai dua2 paper math x pakai kalkulator...
x kesian ker...
cuba kena kat batang hidung sendiri...baru tau...
patut student kat tmpat tu sumer kena amik semula paper math...
baru la fair...haish...:(

9 comments:

ahmadhiSyam said...

mmg kes naya....macam pegi prekse heat transfer tp tak leh bawak buku teks.

ILA HonEyBuNNy said...

tu la...xpatot.....ish3...

Anonymous said...

biar betul!

ada masuk papae rtak isu ni?

ni bukan hal main2

eDdY said...

ahmad hisyam>>>
haha...betol3...kesian dak2 tu...huhu

HonEyBuNNy>>>
mmg amat x patot...huhu

fndrocka>>>
ini mmg kes betol...
post ni pon sy amik kat berita harian online...

daun kesum said...

trok betolla,.
naye kat bdak2 SPM,.

~bi[L]LY^LiL[L]Y~ said...

uikk..kat teluk intan ade skola SMART gak? ingatkan kuantan je.. hihi..teruja jap tgok ayat SMART tu..hohoh..SMART ku sayang..

eDdY said...

cikTi>>>
tu la pasal...huhu

~bi[L]LY^LiL[L]Y~>>>
haha...smpat lagi tu...(^^)

Zahirah said...

hehe x))
tahu juga la pasal cerita ni
kesian,tak boleh nak buat apa
nasib baiklah bukan terjadi kat sekolah saya
naya,tak menjawab exam la nampaknya

eDdY said...

hira>>>
tu la...seb baek skolah awk x cam tu kan...
mmg xpatut diorg wat camtu kan..huhu