Wednesday, August 29, 2012

WoRdLeSs WeDnEsDaY #43


Saturday, August 25, 2012

RaYa SoUtH AfRiKa 2012

aslmlkum sumer..
arini da 7 syawal..
tpi aq baru jer nak upload gambar pasal raya..haha
lambat skit sbb bru amik gambar dri member..
maklum la..aq mana ader kamera power2..
setakat kamera hp jer..haha
ok..ni la antara gambar2 raya aq kat perantauan..enjoy
























sbnr nyer..bnyk lagi gambar2 ni..
cuma aq jer malas nak upload lgi..haha
ader jugak yg aq da upload dlm facebook..
jadi..bole tgk kat situ k..
aper2 pon..raya tahun ni best..
walaupon x dpt beraya dgn family..
tpi dgn kwn2 yg ader kat sini..
rase diorg sumer cam family yg  aq x pernah ader..haha
cuma makanan kat sini x sama la dgn mesia..
lemang buluh pon xder..
sbb xtau mana nak cari buluh..
kitorg setakat makan lemang kukus ader la..
aper2 rendang tetap ader..
nasi impit pon ader..
sate pon ader..
alhamdulillah..hehe
k la..aper2 nnt aq update lagi k..peace (^__^)

p/s: alaaaa..cuti da nak abes...malas nyer nak kejer...haha

DiSnEY BrAvE


aslmlkum wbt..
aq baru tgk citer ni..hehe
best2..
nak kata kelakar xder la..
tpi aq mmg suka tgk kartun disney ni..
seronok..
soundtrack dier pon menarik..
pastu yg satu lagi wat aq tertarik sgt dgn citer ni ialah accent dier..
xtau..aq suka dr accent kartun ni..haha..
rating aq kasi ialah 7.5/10
mmg x rugi kalo tgk..
jadi saper2 yg blom tgk..bole la tgk ye..hee
k la..aper2 nnt aq update lagi..
bnyk mende nak citer sbnr nyer...
ekceli..bukan citer pon..
nak upload gambar jer..hehe
peace (^__^)

Friday, August 24, 2012

cOoKiE MoNsTeR BaTmAn


haha..ni mmg kelakar..
suara batman ni mmg cam cookie monster ni..haha

RaYa RaYa

aslmlkum sumer..
arini da masuk hari ke 6 raya..
tpi satu gambar raya pon aq x upload lagi..haha
salah satu sbb nye ialah aq x amik lagi gambar kat kawan2 aq..
yg kedua plak perasaan malas tu menguasai diri..
insyaallah..arini kalo aq xde kejer aq upload gambar2 tu k..
aq akan upload kat sini ngan kat fb..
insyaallah..kalo xder aral..sumer nyer jalan lancar..hehe
k la..aper2 nnt aq update lagi k..peace (^__^)

Wednesday, August 22, 2012

WoRdLeSs WeDnEsDaY #42


Friday, August 17, 2012

SeLaMaT HaRi RaYa mAaF ZaHiR BaTiN

aslmlkum sumer..
sedar x sedar mmg da dekat sgt nak abes ramadhan..
insyaallah dalm seharilagi je tggal nk bpuasa..
tpi mungkin jugak 2 hari lagi..hehe
aq dpt rase kan yg south afrika akan raya hari isnin..
dan aq jugak dpt bayang kan aq tgh skype dgn family kat mesia..
sambil tu diorg mkn kuih raya..
dan aq kat sini still berpuasa..
xper la..dugaan..sabar jer la..hehe
rase masih belom terlambat kan kalo aq baru nak wish..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


tahun ni first time aq akan beraya di perantauan..
selama 23 tahun aq hidup di dunia ni..
ni la pertama kali aq x beraya dgn family aq..
sedih la jugak..
tpi sbb sahutan kerja..
sumer ni terpaksa la aq lalui..
haha..xmau la sedih2 kat sini..
kite hepy2 k..
raya nnt mkn seronok2 tau..
walaupon kat sini xtau la ade ke x makan seronok2 tu..
aper2 pon nnt time korg sumer makan..
igt2 la kat aq..haha
k la..aper2 nnt aq update lagi k..peace (^__^)

Wednesday, August 15, 2012

WoRdLeSs WeDnEsDaY #41


Tuesday, August 14, 2012

StOp AkTa 114A




Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku…

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?

p/s: kalo akta ni di luluskan, maka habis la peluang kite nak bersuara..nak wat apa pon xleh..huhu

Monday, August 13, 2012

tHe DaRk kNiGhT RiSeS


aslmlkum sumer..
walaupon citer ni da kuar hampir sebulan..
tp aq baru berpeluang nak tgk citer ni siang td..
first skali sbb nye aq x tgk lagi yg no 2, dark knight
tp aq da tgk da semalam..
so arini aq pon pergi la tgk yg terbaru ni..
mmg x menyesal la tgk..
citer dier best kot..
action pon bagus..
pastu igt org baek..rupa2 nyer jahat..
igt org mati..rupa2 nyer x mati lagi..
mmg best..haha
rase2 xtau la ader ke x sambungan batman ni..
kalo ader mmg aq akan tgk la..hehe
rating citer ni aq kasi ialah 8/10
x rugi tgk..
nak tgk 2 kali pon bole..hehe
k la..aper2 nnt aq update lagi k..peace (^__^)

Thursday, August 9, 2012

MaLaS SaNgAt Da Ni

aslmlkum wbt..
sekarang ni aq rase malas sgt2..
maksud aq malas nak update blog..
xtau kenapa..
mungkin sbb xder idea kot..
xtau la..
ni da tinggal lagi 10 hari tuk berpuasa..
cepat sgt masa berlalu skank ni..
mmgx puas la puasa..
munggu depan insyaallah da raya..
pastu tahun plak da la raya kat afrika ni..
langsung xder rase suasana tu..
xper la..sabar je la kan..
insyaallah tahun depan ader lagi..hehe
k la..aper2 nnt aq update la..
tu pon kalo aq rajin n ader idea..
peace (^__^)

Wednesday, August 8, 2012

WoRdLeSs WeDnEsDaY #40


Sunday, August 5, 2012

15 LaGi RaMaDhAn NaK MeNiNgGaL kAn KiTa

aslmlkum sumer..
sedar x sedar da 15 hari ramadhan berlalu..
alhamdulillah sbb aq dpt tempuhi hari2 puasa ni dgn jaya..
maksud aq xder sakit aper2..
dpt puasa penuh..
tpi aq sedih..sbb mkin hari makin skit tinggal bulan ramadhan ni..
siyes kalo bole aq nak setiap hari sepanjang tahun ramadhan..
sbb masa bulan ramadhan ni aq rase tenang sgt..
korg aq xtau la camner kan..
tpi ni aper yg aq rase..hehe
aper2 pon..aq setiap hari berdoa semoga Allah bagi aq peluang tuk habis kan ramadhan kali ni..
dan dpt bertemu dgn ramadhan tahun seterus nyer..insyaallah..
walaupon tahun ni aq berpuasa kat luar negara..
tpi still rase cam ader kat mesia..
sbb aq ader jiran2 yg baek sgt hati bagi makanan setiap hari..
semoga murah rezeki korg n family korg sumer..insyaallah..
Allah saja la yg dpt membalas jasa korg..
terima kasih bnyk2..:)
k la..aper2 nnt aq update lagi k..peace (^__^)

Thursday, August 2, 2012

KeHiDuPaN ZuHuD NaBi MuHaMmAd sAw


Suatu ketika Rasulullah SAW bersumpah akan berpisah dengan isteri-isterinya selama satu bulan, sebagai peringatan bagi mereka kerana kurang biasa mengikuti kehidupan beliau yang zuhud. Selama sebulan beliau tinggal seorang diri dalam sebuah kamar sederhana yang letaknya agak tinggi.
Terdengar kabar di kalangan para sahabat bahwa Nabi SAW telah menceraikan semua isterinya.
Ketika Umar bin Khaththab mendengar kabar ini, segera ia berlari ke masjid. Setiba di sana, ia melihat para sahabat sedang duduk termenung, mereka bersedih dan menangis. Juga kaum wanita, mereka menangis di rumah-rumah mereka.


Kemudian Umar pergi menemui putrinya, Hafshah, yang telah dinikahi oleh Rasulullah SAW. Umar pun mendapati Hafshah sedang menangis di kamarnya. Dia kemudian bertanya kepada Hafshah, “Mengapa engkau menangis? Bukankah selama ini aku telah melarangmu agar tidak melakukan sesuatu yang dapat menyinggung perasaan Rasulullah SAW?” Hafshah tak menjawab apa-apa, dia terus menangis.

Umar lalu kembali ke masjid, terlihat olehnya beberapa orang sahabat sedang menangis di mimbar. Kemudian dia duduk bersama para sahabat, lalu berjalan ke arah kamar Nabi Muhammad SAW, yang terletak di tingkat atas masjid. Umar mendapati Rabah, sahabat yang selalu mengikuti Rasulullah, dan dia meminta kepada Rabah agar memohonkan izin kepada Rasulullah untuk menemuinya.

Rabah menghadap Nabi SAW, kemudian kembali dan memberitahukan bahwa dia telah menyampaikan permohonan izin Umar, namun Nabi SAW hanya diam. Permintaan untuk menjumpai Nabi SAW diulang beberapa kali, hingga ketiga kalinya barulah Nabi Muhammad SAW mengizinkan Umar untuk naik menghadapnya.

Ketika masuk, Umar melihat Nabi SAW tengah berbaring di atas sehelai tikar yang terbuat dari pelepah daun kurma, sehingga pada badan Nabi SAW yang putih bersih itu terlihat jelas bekas-bekas guratan daun kurma. Di tempat kepala beliau ada sebuah bantal yang terbuat dari kulit binatang yang dipenuhi daun dan kulit pohon kurma.

Selepas mengucapkan salam kepada beliau, Umar kemudian bertanya,” Apakah Tuan telah menceraikan isteri-isteri Tuan, ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, ‘Tidak.”
Umar sedikit lega, lalu dia mengatakan,”Ya Rasulullah, kita adalah kaum Quraisy yang selamanya telah menguasai wanita-wanita kita. Tetapi setelah kita hijrah ke Madinah, keadaannya sungguh berbeza dengan orang-orang Ansar. Mereka telah dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita terpengaruh dengan kebiasaan kaum Ansar.” Nabi SAW tersenyum mendengar perkataan Umar. Umar pun Menangis.

Umar lalu memperhatikan keadaan kamar Nabi SAW. Terlihat tiga lembar kulit binatang yang telah disamak dan sedikit gandum di sudut kamar itu, selain itu tidak terdapat apa pun. Umar menangis sesenggukan melihat keadaan Nabi yang seperti itu.

Tiba-tiba Rasulullah SAW bertanya kepada Umar, “Mengapa engkau menangis, wahai Umar?”
“Bagaimana saya tidak menangis, ya Rasulullah. Saya sedih melihat bekas tanda tikar di badan Tuan yang mulia dan saya prihatin melihat keadaan kamar ini. Semoga Allah SWT mengkaruniakan kepada tuan bekal yang lebih banyak.

Orang-orang Parsi dan Romawi yang tidak beragama dan tidak menyembah Allah, tetapi raja mereka hidup mewah. Mereka hidup dikelilingi taman yang di tengahnya mengalir sungai, sedangkan engkau adalah Rasul Allah, tetapi engkau hidup dalam keadaan sangat miskin,” kata Umar bin Khaththab.
Mendengar jawaban Umar, Rasulullah SAW bangun dan berkata, “Wahai Umar, sepertinya engkau masih ragu mengenai hal ini. Dengarlah, kenikmatan di alam akhirat tentu akan lebih baik daripada kesenangan hidup dan kemewahan di dunia ini. Jika orang-orang kafir itu dapat hidup mewah di dunia ini, kita pun akan memperoleh segala kenikmatan tersebut di akhirat nanti. Di sana kita akan mendapatkan segala-galanya.”

Kata-kata Nabi “Jika orang-orang kafir itu dapat hidup mewah di dunia ini, kita pun akan memperoleh segala kenikmatan tersebut di akhirat nanti” tentu tidak dimaksudkan untuk mengatakan bahawa keadaan di akhirat, dalam hal ini di syurga, sama dengan “kenikmatan tersebut”. Kerana, dalam sebuah hadis dikatakan, kenikmatan di syurga itu sungguh luar biasa, belum pernah kita lihat dan kita dengar sebelumnya, bahkan kita bayangkan saja belum.

Mendengar sabda Nabi, Umar merasa menyesal. Lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah SWT untuk saya. Saya telah bersalah dalam hal ini.” Rasulullah SAW membesarkan hati sahabatnya itu. Umar pun merasa lega. Kehidupan beliau yang zuhud itu pun menjadi salah satu keutamaan beliau yang sebelumnya sering disalah ertikan oleh para isterinya. Dan setelah kejadian itu, Rasulullah menasihati para isterinya akan kepastian janji-janji Allah SWT di yaumul akhir. Para isteri itu pun akhrinya menyesali perilaku mereka dan memperbaharui kesetiaan mereka kepada Rasulullah SAW bahawa, apa pun yang terjadi, mereka semua memilih ikut Rasulullah SAW, termasuk untuk hidup zuhud.

Sumber: MyIbrah

Wednesday, August 1, 2012

WoRdLeSs WeDnEsDaY #39