Friday, March 5, 2010

SoRaNg LaGi...hUhU


Budak 18 bulan patah enam tulang rusuk

KUALA LUMPUR: "Tak sangka jiran rapat yang kelihatan mesra dan penyayang boleh berubah menjadi ganas sehingga meragut nyawa anak kecil saya yang tidak berdosa," begitu luahan kemarahan S Karigalan, 42, sambil menatap mayat anak kecilnya, Harevarran.

"Perbuatannya tidak boleh diterima akal dan saya tidak akan memaafkannya. Bagaimana dia tergamak melakukan kekejaman ini terhadap anak saya yang tidak tahu apa-apa.


"Sepanjang enam bulan mengenalinya, dia (suspek) tidak menunjukkan sebarang kelakuan ganas, malah bersikap penyayang terhadap anak-anak saya. Melihatkan penampilannya, memang saya tidak menyangka dia boleh bertindak sekejam ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Beliau ditemani isteri, K Thilagavathy, 23, sebelum itu menuntut mayat Harevarran di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebaik bedah siasat dijalankan kira-kira jam 1 petang semalam.

Karigalan yang juga Pengerusi MIC Cawangan Seksyen 19, Petaling Jaya turut mempunyai seorang bayi lelaki berusia empat bulan hasil perkahwinan keduanya.

Harevarran, 18 bulan, mati selepas enam tulang rusuknya patah selain hatinya pecah serta terdapat banyak kesan lebam pada badan mangsa, dipercayai akibat dipukul dan dipijak kerana menangis oleh suami penjaganya yang juga seorang kelindan lori, malam kelmarin.

Kejadian itu berlaku antara 10 hingga 12 malam kelmarin di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini.

Bagi Karigalan, kematian anak sulungnya itu meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya kerana hubungan mereka sangat rapat.

"Dia cukup manja dengan saya. Setiap kali saya pulang dari pejabat, sudah pasti dia yang menyambut saya di muka pintu. Kehilangan Harevarran satu tragedi besar buat keluarga saya.... tiada lagi tawa riang dan keletahnya selepas ini," katanya menahan sebak.

Sementara itu, datuk mangsa, A Krishnamoorthy, 50, kelihatan sugul mengenangkan tragedi menimpa cucu kesayangannya, namun beliau menyatakan menerima kejadian berkenaan sebagai takdir.

"Harevarran seorang kanak-kanak yang aktif, malah sudah pandai menyebut nama ibu dan ayahnya. Tidak seperti kanak-kanak seusianya, dia suka bermain dengan pensil dan kertas, malah sudah pandai menulis huruf.

"Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Yang tinggal sekarang cuma adiknya untuk menemani kami sekeluarga," katanya sambil meminta hukuman setimpal dikenakan ke atas mereka yang mendera dan membunuh cucunya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai orang lain dan membenarkan mereka menjaga anak-anak yang masih kecil bagi mengelakkan kejadian sama menimpa mereka.

__________________________________________________________________


x sampai seminggu kes budak mati kena dera...
ni ader lagi satu...
sbnar nyer diorg manusia jenis aper???
xder prasaan langsung ker...
tergamak buat kat budak2 camtu...
satu lagi..cuba byg kan kalo anak kiter sendiri yg kena...
gila betol la org2 skank ni...
mmg patut kena hukum bunuh jer org jenis camtu...hampeh tol...huhu

No comments: