Saturday, March 31, 2012

GaNjARaN SoLaT SuBuH


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata,
“Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Sumber: MyIbrah

Friday, March 30, 2012

FiTnAh LeLaKi TeRhAdAp WaNiTa


Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.

Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat nafikan.



Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!
Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.

Apa tujuan semua itu?

Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuatnaik gambar dalam Facebook.

Dah lah perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah “like” gambar tu.

Bukan saja “like”, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak tu.

Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!

Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu.

Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut.

Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain.

Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah!

Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah kat lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri berkasih-sayang/seksual).

Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam.

Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook dan laman sosial lain.

Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.

Sumber: MyIbrah

Thursday, March 29, 2012

fAdHiLaT WuDhU'


Assalamualaikum wbt..

Wudhu’?? Rasanya ramai antara kita yang memang sudah mahir dan pakar dalam bab ni memandangkan kita memang sudah di ajar dari kecil mengenai perkara ini. Tetapi suka untuk dikongsi bersama sebagai satu peringatan. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kita pelajar oversea untuk ke kelas dalam keadaan berwudhu supaya jimat masa dan senang untuk solat terutamanya bila waktu solat sangat singkat. Tidaklah salah untuk mengekalkan wudhu yang masih ada tetapi alangkah elok kalau kita membiasakan diri untuk berwudhu setiap kali hendak solat walaupun belum batal kerana itu adalah yang tebaik. Mungkin ada pengecualian pada tempat-tempat tertentu yang susah untuk berwudhu ataupun sewaktu kita sedang bermusafir. Lagi satu, mungkin juga kita cenderung untuk memelihara wudhu disebabkan keadaan sekarang yang sangat sejuk dan nak sentuh air untuk berwudhu pun macam agak susah. Dan saya teringat kata-kata seorang kawan, dia kata kita sepatutnya bersyukur kerana kita telah diberi kelebihan oleh Allah untuk hidup di bumi Ireland yang sejuk ni. Mungkin dengan usaha kita yang ikhlas untuk berwudhu dan usaha utntuk melawan perasaan malas itu mendapat ganjaran yang besar di sisiNya, insyaAllah.



Saya pernah dengar bahawa setiap kali kita berwudhu akan gugur dosa-dosa kecil. Jadi, sama-samalah kita fikirkan. Tidakkah kita mahu dosa kita di hapuskan dengan hanya mengambil wudhu yang sempurna. Sesungguhnya wudhu yang sempurna bukan hanya menjamin solat diterima tetapi juga boleh menghapuskan doa-dosa selagi tidak melakukan syirik.
Rasulullah saw bersabda :
“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain daripada itu, antara fadhilat lain wuduk ialah mengangkat darjat manusia.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya).” (Hadis riwayat Muslim)
Seterusnya, wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.
“Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)
Pernahkah kita dengar bahawa wudhu dapat membuka ikatan syaitan? Ya, Rasulullah ada bersabda bahawa ikatan syaitan pada manusia akan terlerai dengan wudhu.
“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Subhanallah, betapa besar dan istimewanya ganjaran berwudhu. Tak susahkan?? Sesungguhnya islam itu sangat mudah. Jadi, saya ingin menyeru kepada semua dan diri sendiri juga untuk rajin-rajinkalah diri kita untuk berwudhu. Basahkanlah anggota badan kita dengan wudhu. InsyaAllah segala usaha kita untuk berwudhu dan menyucikan diri mendapat ganjaran yg besar daripada Allah.
Firman Allah:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih (Al-baqarah : 222)
Sekadar ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga kita dapat mengamalkannya.

Sumber: MyIbrah

Wednesday, March 28, 2012

WoRdLeSs WeDnEsDaY #23

MeNgApA ArAk DiHaRaM kAn Di DuNiA tEtApI Di HaLaL kAn Di AkHiRaT?


Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, memuliakan manusia dengan semulia-mulianya, melebihkannya daripada sekalian ciptaan yang lain, mempermudahkan kepada mereka segala benda di bumi dan di langit (taskhir) dan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi.

Al-`Izz bin Abd al-Salam berkata:
“Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensyariatkan satu hukumpun melainkan untuk maslahah dunia, maslahah akhirat atau untuk maslahah dunia dan maslahah akhirat sekaligus sebagai limpahan kurniaan-Nya kepada manusia. Bukanlah termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak mempunyai faedah dunia dan akhirat”. ( Syajarah al-Ma’arif Wa al-Ahwal, hal. 401)
Syariat dibina di atas prinsip menjaga lima kepentingan dharuri iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Imam al-Ghazzali berkata: Ada lima maksud Syariat terhadap para makhluk iaitu menjaga agama mereka, nyawa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan harta mereka. Oleh itu setiap perkara yang mengandungi penjagaan terhadap lima asas ini dikatakan maslahah dan setiap menghilang lima asas ini disebut sebagai mafsadah dan menghindarinya adalah maslahah. (Al-Mustasfa, jil 1 hal. 289)

Merujuk kepada arak dan pergaulan bebas, tidak dinafikan bahawa sememangnya manusia mahu hidup dalam kenikmatan dan keseronokan. Bagi seorang mukmin, alam dunia dan alam syurga amat jauh perbezaannya. Sifat hidup di dunia adalah terbatas, terikat dengan hukum syarak, penuh dengan ujian. Kenikmatan yang dikecapi tidak diperolehi dengan senang tetapi memerlukan pengorbanan dan perjuangan.

Arak diharamkan kerana ‘illah atau sifat yang ada padanya iaitu memabukkan. Sifat memabukkan ini relevan dengan penjagaan akal. Mengambil arak bererti menutup kewarasan akal untuk berfikir sehingga diri sendiri dan masyarakat terdedah kepada bahaya dan mudarat. Objektif pengharaman arak dilihat kepada kesan daripada arak yang membawa kepada kemudaratan. Pengambilan arak akan menjejaskan kesihatan terutamanya kerosakan hati. Selain itu, arak menyebabkan ketagihan sehingga peminumnya sanggup membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkannya. Di sini berlaku pemborosan dan pembaziran sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Arak yang ada di akhirat lain pula sifatnya yakni tiada sifat memabukkan. Oleh kerana sifatnya yang berbeza di dua alam itu, maka dibenarkan arak di syurga sebagai suatu nikmat bukan minuman yang menyakitkan.

Sementara zina pula, persetubuhan yang tidak berdasarkan kepada aqad perkahwinan yang sah tetapi semata-mata memenuhi hawa nafsu. Ia merosakkan akhlak, meruntuhkan maruah (keperibadian) dan sistem kekeluargaan. Ia menjejaskan kesihatan manusia dan mendedahkannya dengan pelbagai penyakit. Keturunan menjadi celaru sehingga tiada diketahui siapa ayahnya yang sebenar sehingga anak mengalami gangguan emosi dan psikologi.

Oleh sebab itu, Islam mensyraiatkan perkahwinan supaya seseorang itu ada jalan untuk memenuhi tuntutan seksualnya dengan cara yang halal, selamat, suci, beradab dan terhormat. Mencari keseronokan di luar perkahwinan akan menafikan nilai-nilai ketamadunan dan peradaban. Perkahwinan lebih bersifat membina sistem kekeluargaan seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.

Bidadari di syurga umpama isteri yang menjadi milik mutlak penghuni, tidak berkongsi dengan sesiapa, tiada yang pernah menjeling kepadanya. Hanya menanti kedatangan orang mukmin. Dia tidak melahirkan anak, tidak mengalami haidh dan segala macam yang dialami oleh manusia. Kenikmatan bersamanya tidak mengakibatkan sebarang risiko. Hal ini berbeza sama sekali dengan pergaulan bebas.

Ringkas kata, pengambilan arak dan pergaulan bebas hanya membawa kepada porak peranda, kekacauan dalam kehidupan manusia baik pada tingkat indivdu mahupun masyarakat.
Sewajarnya, manusia itu mengetahui bahawasanya dia diikat dengan hukum supaya mengetahui bahawa ada kehidupan satu lagi yang lebih utama, lebih kekal (Surah al-Dhuha, Surah al-A’la). Jikalau dunia ini berjalan tanpa ada peraturan dan undang-undang bahkan yang ada undang-undang rimba, kelangsungan hanya untuk orang yang kuat maka hancur dan musnah kebahagiaan manusia.
Di syurga tiada lagi keterikatan dengan hukum kerana, perjalanan hidup di sana atas sifat sejahtera tidak memudaratkan, aman dan penuh kenikmatan.

Allah s.w.t. berfirman:

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, – (Iaitu) syurga ” ‘Adn ” yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; Sesungguhnya Tuhan itu, janjinya tetap berlaku. Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba kami. (Surah Maryam: 60-63)
Kesimpulannya, sebagai seorang muslim, terutamanya yang sering interaksi dengan masyarakat sewajarnya dia mengetahui matlamat pensyariatan hukum atau falsafah di sebalik perintah dan larangan serta hikmat syariah supaya dakwahnya itu lebih berkesan dan menyakinkan.

Sumber: MyIbrah

Tuesday, March 27, 2012

RuKuN IsLaM dAn RuKuN ImAn


Dari Umar r.a berkata: Saat kami duduk dekat Rasulullah s.a.w di suatu hari maka tiba-tiba nampaklah oleh kami seorang lelaki memakai pakaian sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya bekas (tanda-tanda) dalam perjalanan dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya maka duduklah ia dihadapan Nabi s.a.w lalu menyandarkan lututnya pada lutut Nabi s.a.w lalu meletakkan tangannya di atas peha Nabi s.a.w kemudian ia berkata:

Hai Muhammad, beritahukanlah padaku tentang Islam! Maka jawab Rasulullah s.a.w: Islam iaitu engkau bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan sungguh Muhammad itu utusan Allah, menegakkan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji ke Baitullah (Mekah) jika engkau kuasa menjalaninya. Berkata orang itu: Benar. Kami hairan, ia bertanya dan ia pula yang membenarkannya.

Maka bertanya lagi orang itu: Beritahukanlah padaku tentang Iman. Jawab Nabi s.a.w: Engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya, kepada Kitab-kitabNya, kepada Rasul-rasulNya, kepada hari Kiamat dan beriman kepada Qadar baik dan yang buruk. Berkatalah orang itu: Benar.
Bertanya lagi orang itu: Maka beritahukanlah padaku tentang Ihsan. Jawab Nabi: Engkau beribadah (mengabdi) kepada Allah seakan-akan engkau melihat kepadaNya, sekalipun engkau tidak dapat melihatNya maka sesungguhnya ia melihat engkau.

Tanya orang itu lagi: Beritahukanlah aku tentang hari Kiamat. Jawab Nabi: Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari si penanya. Tanya orang itu lagi: Beritahukanlah aku tentang tanda-tandanya. Jawab Nabi: Diantaranya jika seorang hamba telah melahirkan majikannya dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin papa, berbaju compang-camping, sebagai penggembala kambing sudah berkemampuan, berlumba-lumba dalam kemegahan bangunan.

Kemudian pergilah orang tadi. Aku diam tenang sejenak kemudian Nabi s.a.w berkata: Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? Jawabku: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Nabi s.a.w berkata: Dia itu Jibril datang kepada kalian mengajarkan tentang agama kalian. (H.R. Muslim)

Sumber: MyIbrah

Monday, March 26, 2012

A LoNg WeEk HaS bEgUn

Aslmlkum sumer..
Start arini..mnggu yg panjang akan bermula..
First skali..bos dtg sini..
Yg kedua..aq and kawan2 aq ader training sampai minggu depan..
Aduh la..malas nyer rase..
Tpi nak wat camner kan..da kejer
Kena la wat sume tu..hehe
Harap2 la minggu ni akan berlalu dgn cepat...
Kalo x pon hri isnin sampai khamis ni je yg cepat..
Sbb nyer bos akan balik hari khamis..wakaka
K la..aper2 nnt aq update lagi k..peace (^__^)
Sent via my BlackBerry from Vodacom - let your email find you!

Sunday, March 25, 2012

dEsTiNaSi iMpiAn: SyUrGa aLLaH


Firman Allah Ta’ala kepada kita, hamba kepada-Nya:

Maka sesiapa yang diberikan kitab amalnya di tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): “Ambillah! Bacalah kamu kitab amalku ini. Sesungguhnya aku dahulu yakin, bahawa aku akan menghadapi perhitungan amalku (pada hari yang ditentukan). Maka dia berada dalam kehidupan yang diredhai di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). (Al-Haqqah: 19-22) 

Ada Apa Dengan Syurga

Mengapa syurga itu satu destinasi impian? Apa yang ada di syurga sana? Menurut Ibnu Kathir, di dalam syurga yang tinggi itu, tersedia istana mahligai, juga kebahagiaan abadi.

Bahagia dan gembira, adalah perasaan yang menjadi keinginan dan keperluan setiap manusia. Ada yang mencarinya melalui jalan yang betul dan benar, natijahnya kegembiraan di dunia dan akhirat.
Namun ada yang mencarinya di jalan yang salah dan menyimpang, natijahnya kebinasaan yang jauh lebih besar berbanding kegembiraan sementara.

Ketenangan dan kebahagiaan abadi, hanya di Jannatullah.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala:

Maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari tersebut, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (pada wajah) dan kegembiraan (pada hati). (Al-Insan: 11)
Juga firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka). Engkau dapat mengetahui daripada wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. (Al-Mutaffifin: 22-24)
Cuba kita bayangkan atau kita ingat kembali, segala detik-detik manis, saat-saat gembira dan bahagia, keadaan-keadaan yang memberi ketenangan kepada diri, dan pemandangan alam ciptaan Allah s.w.t. yang serba indah. Juga kemewahan harta, yang mana sebahagian manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya.

Semua keindahan dan kemewahan ini, adalah berkali ganda lebih hebat dan lebih baik di syurga kelak, di luar imaginasi dan fikiran kita sebagai hamba.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Di dalam syurga itu (ada nikmat-nikmat) yang tidak pernah ada mata yang melihatnya, tidak ada telinga yang pernah mendengarnya dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorangpun. (Riwayat Bukhari)
Dan tahukah kita, syurga itu ada berapa darjat kesemuanya?
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya Syurga itu 100 darjat, beza setiap darjat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. (Muttafaqun ‘alaih)
Syurga darjat paling rendah sudah diluar jangkaan dan imaginasi manusia, bagaimana pula dengan segala kenikmatan di syurga darjat tertinggi? Terlalu nikmat.

Harga Kebahagiaan

Setiap sesuatu, ada harganya bukan? Lagi baik sesuatu itu, lagi mahal harganya. Maka, apakah harga kebahagiaan abadi yang kita dambakan itu?
“Sesungguhnya aku dahulu yakin, bahawa aku akan menemui perhitungan amalku (pada hari yang ditentukan).” (Al-Haqqah: 20)
Keyakinan. Yakin pada hari perhitungan amal. Yakinkah kita? Apakah pula sifat mereka yang yakin akan pertemuan dengan hisab?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
Maka barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal kebaikan dan janganlah dia mempersekutukan dalam ibadah kepada Tuhannya dengan sesuatupun. (Al-Kahfi: 110)
Inilah harga sebuah kebahagiaan abadi. Amal kebaikan, amal soleh.

Jalan kebaikan itu luas, dengan syarat amal itu niat kerana Allah dan dilaksanakan menepati (tidak bercanggah) dengan syara’. Ibadah khusus, program tarbiyyah, majlis ilmu, majlis zikrullah, usrah, smart circle, muzakarah berkelompok, dakwah ilAllah, akademik, kebajikan, bacaan fikrah Islamiyyah, tadabbur alam dan ibadah umum yang lain. Terlalu banyak untuk disenaraikan.

Satu muhasabah. Bagaimana dengan amal kita? Banyak yang baik, atau banyak yang buruk? Usah dibuang masa kita yang amat terhad dan bernilai pada jalan selain daripada jalan kebaikan.
Kita renungkan firman Allah s.w.t.yang bermaksud:
Dan barangsiapa yang berjuang (berusaha menegakkan nilai Islam dalam diri dan kehidupan) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Al-‘Ankabut: 6)
Akhir kata…
Berusahalah, demi kebaikan diri kita, dunia dan akhirat.
Berusahalah, sesungguhnya rahmah dan redha Ilahi berada di sepanjang jalan mujahadah dan di penghujungya. 

Sumber : MyIbrah

Saturday, March 24, 2012

JaM AiR

aslmlkum sumer..
semalam rumate aq ader beli satu jam ni..
yg buat aq kagum sgt ialah jam ni kena guna air untuk beroperasi..
kire nyer kite letak air kat dlm tu baru dier menyala..
camna dier berfungsi tu aq pon x pasti sgt..
tpi mmg kool la..hehe
ni la gambar jam tu..



kite kena letak air kat dlm jam ni..
pastu baru la jam ni menyala..hehe
k la..aper2 nnt aq update lagi k..peace (^__^)

Friday, March 23, 2012

KeMaTiAn DaN aLaM BaRzAkH: AdAkAh KiTa sUdAh bErSeDiA MeNgHaDaPiNya??


Kematian itu adalah fitrah bagi setiap yang bernyawa
Hati ini pada waktu itu sangat-sangat sedih mengenangkannya. Bukan menangisi pemergiannya, tetapi bermuhasabah memikirkan sebentar bagaimana  hebatnya kematian itu. Ia hadir tanpa dikesan. Ia boleh hidu pada orang yang masih muda, tegap, dan sihat, seolah-olah akal ini tidak dapat menerima berita tentang kematiannya.  Benarlah firman Allah swt:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tamat tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya”. (Yunus:49)
Ya. Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati, kerana itu lumrah dan sunnatullah bagi setiap kehidupan yang berada di atas muka bumi ini. Tidak akan ada sesiapa pun yang kekal melainkan Allah swt.
Hal ini sudah ditegaskan oleh firman Allah swt yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali-Imaran:185)

Alam Barzakh
Saya terfikir pada waktu itu jika mati menjemput saya secara tiba-tiba, tanpa ada alarm yang memberitahu. Padahal pada waktu itu masih bergelumang dengan dosa. Patutlah para ulama’ berkali-kali mengingatkan bahawa setiap hari hendaklah muhasabah diri mengenai kematian walaupun seketika. Begitu juga dengan ingatan tulus ikhlas daripada Nabi saw kepada kita semua bahawa orang yang mengingati mati itu adalah orang yang sangat bijak.

Perhatikan, bagaimana jika diri kita dijemput Allah swt dalam keadaan yang masih bergelumang dengan dosa dan maksiat. Bukan sahaja tunggu seksaan di akhirat, malah di dalam kubur lagi kita sudah merasai keperitan azabnya. Saya suka membawa sepotong hadis ini bagi membuktikan bahawa rehat hanya bagi orang yang bersih daripada dosa apabila di dalam kubur kelak, hadisnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi Muhammad saw menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar Al-khattab r.a. bertanya: “Adakah akan dikembalikan akal-akal kita (di dalam kubur kelak)?” Nabi menjawab: “Ya, ia akan dikembalikan sebagaimana keadaan kamu sekarang”. (Riwayat Ahmad No 6603, 2/172: Ibnu Hibban, 7/387 Majma’ Zawaid, 3/47)
Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur sepanjang beribu-ribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada orang-orang yang mati dalam keadaan bergelumang dengan dosa? Dalam status penilaian akal  ia sama sewaktu kita hidup. Tetapi status  keadaan tubuh  dan keselesaannya adalah diletakkan pada ruang liang lahad yang kecil, sempit, berselimut putih dan bertemankan binatang-binatang buas yang berada di bawah sana. Ya Allah, tidak dapat bayangkan bagaimana  reaksi kita nanti di sana.

Benarlah, hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan  tatkala itu.
Selain itu, himpitan yang dikenakan di alam kubur juga adalah sangat dahsyat bagi orang yang zalim dan berbuat maksiat, buktinya daripada hadis nabi saw yang bermaksud:
“Sesungguhnya di alam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat daripadanya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa’ad bin Muadz (seorang sahabat nabi yang hebat).” (Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Maka benarlah!
Mati itu adalah satu motivasi yang sangat berguna bagi yang hidup ini, beringat bahawa setiap tindak tanduk kita di dunia ini akan dinilai oleh Allah swt dengan seadil-adilnya. Ya, Allah swt telah menegaskan hal ini di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-zalzalah:6,7 dan 8 )
Fikir juga bagaimana keadaan diri kita berada di akhirat sana pula!
Wahai bakal-bakal jenazah yang dikasihi Allah swt, kita semua tahu bahawa mati itu benar, alam barzakh itu benar, hitungan amal itu benar, titian sirot itu juga benar, syurga dan neraka juga benar. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia menghadapinya?

Di sana kita hanya ada dua pilihan bukan tiga atau empat iaitu diletakkan sama ada di syurga atau neraka, jika baik timbangan amal kita, maka baiklah. Jika buruk timbangan amal kita, maka buruklah. Itu janji Allah swt yang terpateri teguh di dalam Al-quran dan As-sunnah.

Sesungguhnya, kita masih banyak peluang masa dan ruang untuk bertaubat serta menginsafi diri. Oleh itu, kita jangan buang masa lagi.

Cepat bertindak, itulah orang yang sangat bijak menggunakan peluang.
Sekian,

Sumber: MyIbrah

Thursday, March 22, 2012

AdNaN sEmPiT 2


aslmlkum sumer..
aq baru berpeluang nak tgk citer ni..
mmg kelakar..
dari awal sampai abes aq duk gelak..
pastu siap ulang2 plak skrip dlm citer tu..
tpi bahasa inggeris dlm citer tu mmg rosak..
kalo budak2 baru nak belajar bi..xyah la tgk citer..wakaka
rating aq kasi ialah 7/10..
saper2 yg blom tgk..sila2 la tgk k..
mmg xkan rugi atau menyesal..
k la..aper2 nnt aq update lagi k..
peace (^__^)

Wednesday, March 21, 2012

WoRdLeSs WeDnEsDaY #23

Tuesday, March 20, 2012

ReZeKi

aslmlkum sumer..
arini pas penat2 balik kejer kan..
tiba2 dpt makan free..
terima kasih kat razak n family..
mmg langkah kanan la..
dpt makan mihun sup campur dgn bun..
dan yg best skali bun tu sumer sedap2..
bukan sedap skit2 tau..
sedap sgt2 ni..hehe
kalo ikut hati..nak jer blajar cara nak wat..
tpi xper la..tunggu dulu..
sbb kalo da belajar kena la wat kan..
aq skank ni masih dalam mood diet lagi..
kang x pasal2 abes ilang sumer diet aq..wakaka..
k la..aper2 nnt aq update lagi k..peace (^__^)

Monday, March 19, 2012

HuKuM GaNtUnG GaMbAr BeRnYaWa


Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.




Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Sumber: IslamItuIndah

Sunday, March 18, 2012

EsOk Da KeJeR

aslmlkum sumer..
esok da ari isnin kan..
cepat sgt ni masa..haha
seb baek la aq g jenjalan ari semalam..
dpt la jugak berehat arini..
kalo x konfem penat giler kentang..
bile da penat sgt..mula la xder mood nak kejer kan..
kalo korg nak tau..semalam sbb penat sgt..
awal giler kot aq tido..haha
ntah aper2..pasal tido pon nak citer kat sini..haha
arini mmg aq x wat aper2..
duk dlm bilik layan muvie kat laptop..
nak maen game rase cam malas plak..
tpi malam nnt kot aq nak maen la..
da dekat seminggu x maen..
sbb last week bz dgn kejer..
so mood nak maen game tu xder..
ni da free ni aq akan maen la kot...
tpi cam da xtau nak maen game aper..
padahal sumer game x habis maen lagi..
tgk la jap gi camner..
k la..kalo ader aper2 lagi nnt aq update k..
peace (^__^)

Saturday, March 17, 2012

GoLd ReEf CiTy SoUtH AfRiCa

aslmlkum sumer..
arini aq g jalan2 ngan member2..
kitorg pergi gold reef city..
gold reef city ni adalah theme park..
sama macam sunway lagoon n genting highland..
sbnr nyer tujuan utama aq ialah nak maen roller coaster..
xtau la..aq ni mmg giler kan roller coaster..
kalo bole aq nak naek sumer roller coaster yg ader dlam dunia ni..haha..
tpi tu la..xder nyer mampu nak wat sumer tu kan..
so ni ader la video salah satu roller coaster yg aq naek kat sini..
nama dier anaconda..mmg laju dan sgt2 menarik..hehe
enjoy the video ok..


ni aq amik kat youtube jer..
time aq naek td xder makna nyer aq nak record sumer tu..haha
buat terjatuh camera aq tu..saper nak jawab kan..hahaha
yg ni fear factor dier 9/10..
tpi pas aq naek aq bagi dalam 6 atau 7 jer..
sbb xder la takut sgt..
tpi 3 kali gak aq maen mende alah ni..hik3
yg penting aq puas hati..hehe
ni plak ader la skit2 gambar yg aq amik time kat gol reef ni..
enjoy the pic k..









ni jer la gmabar2 yg ader..
gambar time maen thrill ride sumer xder..
camner aq leh lupa nak snap gambar pon xtau..haha
aper2 pon mmg hari ni best sgt..
puas hati dan penat..kui3
rase2 cam nakg lagi nnt..b4 balik mesia la..insyaallah..
k la..aper2 nnt aq update lagi k..peace :)

Friday, March 16, 2012

JuMaAt

aslmlkum sumer..
ya Allah..cepat betol la masa skank ni..
aq rase cam baru jer lagi ari jumaat minggu lepas..
ni da jumaat lagi sekali...
dunia ni da dekat sgt dgn kiamat..
tanda2 kecik sumer da banyak..
semoga kite semua akan lebih kan lagi amal ibadah..
buat yg wajib..
banyak kan yg sunat..
ok la..ader aper2 lagi nnt aq update k..insyaallah (^__^)

Thursday, March 15, 2012

JaLaN2 Ke SyUrGa


Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.



Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya sudah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa wahai anakku?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah”sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang pakcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah”.

Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.

Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik” itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Sumber: MyIbrah

Wednesday, March 14, 2012

WoRdLeSs WeDnEsDaY #22

Tuesday, March 13, 2012

AtAs NaMa CiNtA

 


aslmlkum sumer..
skank ni citer ni tgh dok maen kat tv kan..
haha..aq pon xmau ketinggalan jugak..
walaupon duk kat africa..
aq still dpt tgk citer ni..hehe
jalan citer dier menarik la..
nak tau aper akan jadi kan nnt kat diorg..
rating aq kasi 7/10
aq suka jalan citer ni..
k la..aper2 nnt aq update lagi..
peace (^__^)

p/s: padahal skank ni da rindu nak tgk citer melayu..asyik2 citer omputih jer kat sini..haha