Monday, January 31, 2011

SePuPu Aq AdEr KaT MeSiR...hUhU

salam sumer...
seperti mana yg kiter sumer sedia maklum..skank ni mesir tgh dok darurat...
pasal rakyat diorg dok tunjuk perasaan nak jatuh kan pemerintah hosni mubarak
dan yg paling merisau kan aq..sepupu aq ader sorg tgh dok stady kat sana...huhu
sampai la ni..x dpt kontek lagi...
mak ngan ayah dier dah risau giler...
aq pon sgt2 risau...tpi dah xtau nak wat camner...
yg bole skank ni...kiter berdoa agar dier n semua rakyat malaysia kat sana selamat...
harap2 kerajaan dpt amik tindakan secepat mungkin...
dgr citer..ader rakyat malaysia yg di rogol lepas terbebas nyer 6000 org banduan..huhu
kes curi tok sah citer la..mmg berlambak2...

tuk full news bole baca kat sini.. http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

yg ni jer kot blog yg masih bole memberi update2 terbaru...
sbb nyer segala jenis hubungan telah terputus...
aq dgr berita td..nak topup pon x lepas...
pastu kedai2 sumer da tutup...
camner diorg sumer nak terus kan hidup...
skank ni sumer nyer dok berkurung n perasaan takut tgh dok menyelubungi diorg..
kite yg  kat malaysia ni hanya mampu berdoa jer...

yg bawah ni aq copy paste jer..dari liyana lunia

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
 
huru hara di mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blogKrisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

8. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:


Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP. dan liyana lunia yang copypaste suka hati aku sahaja WUUUUU

p/s: semoga sumer nyer selamat...termasuk la sepupu aq...huhu
mari la berdoa beramai2...

6 comments:

Nur Afiqah Ismail said...

sepupu fika pun ada kat mesir . :(
kesian dia tak boleh nak balik sini lagi .

eDdY said...

Nur Afiqah Ismail>>>
tu la..kesian kan...
samer2 la kiter berdoa..mintak ALLAH permudah kan segala urusan...dan selamat kan lah diorg kat mesir tu...huhu

Nadia Karim said...

kzen sy pun ade kat mesir guy..wuu
arap2 la semenye selamat amin..wuuu..taktnye..

eDdY said...

Nadia Karim>>>
insyaallah...samer2 la berdoa..

~bi[L]LY^LiL[L]Y~ said...

ummm...buat masa skrg mmg kena berdoa byk3..kita dari jauh cuma boleh memohon kepadaNya.
and in fact, MY YOUNGER SISTER is there!

eDdY said...

~bi[L]LY^LiL[L]Y~>>>
waaa..yeker...
dooa bnyak2 k ada...
semoga sumer nyer selamat...huuu